Wednesday, June 20, 2012

Kelebihan Bulan Syaaban

Hari ini hari pertama bulan syaaban 1 Syaaban 1433H bersamaan 21 Jun 2012. Niat hati semalam nak puasa sunat tapi tak kesampaian bila terlewat bangun pagi. Tapi subuh ikut time alhamdulillah. Apapun saya tak tahu nak tulis apa cuma bila semak email saya lihat artikel pasal fadhilat bulan Syaaban jadi ada juga bahan yang saya dapat kongsi untuk saya dan kawan2 pakat baca moga dapat dimenafaat kan bersama. 


Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
 


Sambil memetik apa yang ada dalam email sempat juga saya merujuk kepada beberapa buku bagi memenuhi lagi amalan kita di bulan yang mulia ini. Antara buku yang saya rujuk ialah Amalan Sepanjang Zaman dan Indahnya Hidup Bersyariaat yang telah disemak oleh Dato' Ismail Kamus. 

Nisfu Syaaban
Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
 

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.


  1. Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  2. Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. 
  3. Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar. 

Terdapat khilafiah pendapat ulama terhadapa amalan ini, namun terpulangkah kepada kita. Walau bagaimanapun, jangan di iktikadkan bahawa malam tertentu sahaja yang di anjurkan untuk beramal seperti membaca al-Quran dan sebagainya, tetapi boleh dibuat bila-bila masan dan tidak semestinya dibaca Yasin 3 kali. 

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
 

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

Puasa Sunat di bulan Syaaban
Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
 

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
 

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)
 

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
 

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.
 

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
 

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bertaubat
 

Sangat digalakkan untuk memperbanyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)
 

Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah..

Monday, June 18, 2012

100 Sunnah Rasulullah S.A.W

Apa kata untuk hari ini kita sama2 hatati dan mengingati 100 sunnah rasulullah saw. Semoga kita mendapat menafaat daripada nya. 

Dari Amru bin Auf : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menghidupkan sunnahku, kemudian (sunnahku tersebut) diamalkan oleh orang lain, maka baginya pahala semisal pahala orang yang mengamalkannya tanpa terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala mereka. Barangsiapa berbuat bid’ah, kemudian perbuatannya tersebut diikuti oleh orang lain, maka baginya dosa dan dosa-dosa orang yang melakukannya tanpa terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka.” (0174) Sahih Ibnu Majah
 
 

 
Dan sesiapa yang mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W pada Zaman Kerosakan Umat (zaman kita) dia umpama mendapat 100 pahala Mati Syahid.

1- Tidur Dalam Keadaan Berwuduk

2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur

3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur

4- Berdoa ketika pada waktu malam

5- Doa ketika Bangun Daripada Tidur

6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan

7- Berwuduk Sebelum Mandi
َ

8- Baca Doa Selepas Wuduk

9- Jimat Penggunaan Air

10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
َ

11- Menjawab Seruan Azan

12- Banyak Bersugi
ُ

13- Ke Masjid Awal
ُ

14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki

15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang

16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid

17- Sembahyang Berhadang

18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

19- Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahiyat

20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahiyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam

21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
ْ

22- Sembahyang Dhuha

23-QiyamullaiL

24- Sembahyang Witir

25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki

26- Sembahyang Di Masjid Quba’

27- Sembahyang Sunat Di Rumah

28- Sembahyang Istikharah

29- Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari

30- Mandi Hari Jumaat

31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jumaat

32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat

33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza

34- Sembahyang Jenazah

35- Ziarah Kubur-kubur
ْ

36- Sahur

37- Segera Berbuka Puasa
ٍ

38- Menghidupkan Ramadhan

39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan

40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal

41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan

42- Puasa Hari Arafah

43- Puasa Hari Asyura

44- Pilih Seorang Ketua

45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah

46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
َ

47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
ِ

48- Doa Ketika Pakai Baju Baru

49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki

50- Baca Bismillah Ketika Makan

51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan

52- Minum Dalam Keadaan Duduk

53- Berkumur Dengan Susu

54- Tidak Mencela Makan

55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan

56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam

57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri

58- Banyak Membaca Al-Quran

59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
ُ

60- Zikir Kepada ALLAH Setiap Ketika
ْ

61- Bertasbih

62- Mendoakan Orang Yang Bersin
ْ

63- Doa Untuk Pesakit

64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa

65- Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
ُ

66- Berdoa Ketika Hujan Turun

67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
ُ

68- Baca Zikir Dalam Majlis

69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas

70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
ْ

71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama

72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
ْ

73- Menyebarkan Salam

74- Menuntut Ilmu

75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali

76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir

77- Aqiqahkan Anak

78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan

79- Melawat Pesakit
َ

80- Senyum

81- Ziarah-Menziarahi Kerana ALLAH

82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang

83- Tutup Mulut Apabila Menguap

84- Sangka Baik Terhadap Manusia

85- Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
ِ

86- Sunnah Fitrah
ُ

87- Menjaga Anak Yatim

88- Menjauhi Marah
ُ

89- Menangis Kerana Takut Terhadap ALLAH

90-Bersedaqah Jariah

91- Membina Masjid
ْ

92-Toleransi Ketika Berjualbeli

93- Menghilangkan Gangguan Jalan
ٌ

94- Sadaqah

95- Banyak Melakukan Amal Soleh Pada 10 Zulhijjah

96- Membunuh Cicak
َ

97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari

98- Memberi Nafkah Keluarga

99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf

100- Beramal Soleh Berterusan Walaupun Sedikit.

 
Semoga bermenafaat.  
 


Sunday, June 17, 2012

Peristiwa Israk dan Mikraj

ADA APA DENGAN 27 REJAB?

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa yang penting dalam sejarah umat Islam. Begitu besar kesannya dalam kehidupan peribadi Rasulullah s.a.w. ketika Baginda menghadapi tahun kesedihan dengan kewafatan khadijah r.ha dan seterusnya disusuli dengan lontaran kejam batu batu oleh penduduk taif, lalu Allah s.w.t telah menjemput Rasulullah s.a.w melawat 7 lapisan langit untuk hadir ke hadratNya.

“Maha suci Allah yang menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”                                                                                                                                      (Al-Israa' :1)
BURAQ : KENDERAAN SYURGA
Pada malam tersebut,Malaikat Jibril membawa Muhammad s.a.w yang sedang tidur di kaabah. Kenderaan yang digunakan ialah  Buraq dari Masjidil Haram ke Masjid Al Aqsa di palestin.

PERSIDANGAN PARA RASUL DAN NABI
Di masjid al aqsa, sedang berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah s.w.t  menghidupkan para Rasul dan para Nabi untuk bertemu dengan Muhammad. Ulama menyebut jumlah para rasul 315 orang dan jumlah para nabi seramai 24,000 orang. Allah s.w.t mengumpulkan bilangan yang begitu besar ini untuk bertemu dengan Muhammad s.a.w. Bagaimana kita hendak bayangkan Muhammad s.a.w mengimamkan sembahyang para rasul dan nabi. Ini lah dia Persidangan para rasul dan nabi. Inilah kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang dan persidangan yang tidak berulang lagi buat kali kedua di bumi.

SUSU DAN ARAK
Selepas solat, Jibril dating membawa satu bekas susu dan satu bekas arak kepada Muhammad s.a.w. Muhammad s.a.w memilih susu. Jibril berkata: “kamu terpimpin kerana memilih susu, wahai Muhammad. Begitu juga umat kamu.” Ini menunjukkan arak itu perkara yang tidak baik. Selepas itu baru ianya diharamkan. Allah s.w.t menjaga Rasulnya. Beliau tidak pernah minum arak semenjak kecil lagi.


MUHAMMAD S.A.W DIANGKAT KE LANGIT
Kemudian Muhammad s.a.w dimikrajkan iaitu diangkat ke langit. Inilah kuasa Allah s.w.t yang tidak ada batasnya. Muhammad s.a.w dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah s.w.t mahu mengajar hambanya. Kalau Allah s.w.t mahu, Allah s.w.t boleh buat perkara yang di luar jangkauan akal dan kekuatan manusia.

LANGIT PERTAMA:  Muhammad s.a.w melihat pelbagai pekara yanag ajaib:
·         Muhammad s.a.w melihat seorang lelaki yang tingginya 60 kaki. Apabila lelaki ini berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila berpaling ke kiri dia menangis. Muhammad s.a.w bertanya kepada jibril “siapa ini?”. Jibril Menjawab: Itulah Nabi Adam. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga maka tersenyum dia. Apabila dia memandang kiri, dia melihat umatnya masuk ke neraka, maka dia menangis”
·         Muhammad s.a.w melihat ada orang yang berenang dalam lautan darah. Apabila mereka sampai ke tepi, mereka mengagakan mulut mereka lalu para malaikat melontarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka. Muhammad s.a.w bertanya: siapa mereka ini?. Jibril menjawab: mereka ini lah memakan harta anak yatim. Mereka diseksa disini dahulu sebelum diseksa di akhirat selepas kiamat nanti“
·         Muhammad s.a.w melihat orang lelaki yang perutnya besar. Mereka semua terlentang kemudian kaum firaun lalu disitu sambil memijak perut orang-orang tadi. Kaum firaun di bawa melihat neraka 2 kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. Muhammad bertanya, siapa mereka itu? Jibril menjawab: mereka adalah orang yang makan riba. Diazab di alam barzakh begitu sebelum diazab di neraka.“
·         Kemudian, Muhammad s.a.w melalui sekumpulan lelaki yang mempunyai 2 jenis makanan. Satu yang lazat berkrim disukai ramai dan bersih. Satu lagi makanan yang busuk serta jijik. Tetapi mereka makan yang busuk dan dijik. Muhammad s.a.w bertanya, siapa mereka wahai jibril? Jibril menjawab: mereka inilah orang yang berzina. Mereka ada yang halal tetapi tetap mencari yang haram walaupun mereka tahu akibatnya macam-macam penyakit di dunia dan azab di akhirat“.

LANGIT KE-2
Muhammad s.a.w bertemu nabi Isa a.s dan Nabi Yahya a.s

LANGIT KE-3
Muhammad s.a.w bertemu nabi Yusuf a.s

LANGIT KE-4
Muhammad s.a.w bertemu nabi Idris a.s

LANGIT KE-5
Bertemu dengan nabi Harun a.s yang dikelilingi oleh kaumnya bani Israil.
LANGIT KE-6

Muhammad s.aw bertemu dengan nabi Musa a.s. Muhammad s.a.w mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

LANGIT KE-7

Muhammad s.a.w melihat Baitul Makmur, kaabah bagi penduduk langit, tempat para malaikat tawaf dan beribadah. Kedudukan Baitul Makmur ini bertepatan dengan kedudukan kaabah di bumi. Di situ Muhammad s.a.w melihat ada seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul Makmur. Rupanya seakan-akan sama rupa Baginda. Muhammad s.a.w bertanya, Wahai Jibril, siapa ini?. Jibril menjawab: itulah bapa kamu, Ibrahim.

SOLAT 5 WAKTU

Akhirnya Muhammad s.a.w sampai ketempat yang tidak pernah sorang manusia pun sampai ke situ walaupun dia seorang rasul dan nabi iaitu di Sidratul Muntaha. Tempat yang sangat luar biasa dan dalam pertemuan yang sangat luar biasa. Allah s.w.t memerintahkan solat kepada Muhammad s.a.w dan umatnya. Semua undang-undang Islam Allah s.w.t perintahkan melalui jibril, tetapi perintah solat diterima sendiri oleh Muhammad s.a.w  terus daripada Allah s.w.t. Ini menunjukkan betapa besarnya solat disisi Allah. Solat menjadi tiang kepada agama Islam. Allah s.w.t memerintahkan 50 fardu solat sehari semalam. Kemudia Muhammad s.a.w turun dan bertemu dengan Musa. Musa menyarankan Muhammad s.a.w bertemu dengan Allah s.w.t untuk meringankan jumlah solat. Kerana belas kasihan dan kasih pada umatnya, Muhammad s.a.w meminta Allah s.w.t  meringankan sehinggalah menjadi 5 waktu sehari semalam. Walaupun 5 kali perlaksanaannya, tetapi Allah s.w.t tetap memberi pahala menyamai 50 kali.

RENUNGAN BERSAMA

Terdapat banyak pekara yang tidak tercapai oleh akal dari peristiwa isra dan mikraj ini tetapi orang pertama yang mengakui pekara ini adalah sahabatnya, Abu Bakar as siddiq. Ramai umat Islam yang murtad ketika itu kerana tidak percaya apa yang disampaikan dan ramai yang berpegang teguh pada Agama Islam disebabkan peristiwa isra dan mikraj ini. Allah s.w.t ingin menguji hambaNya. Moga peristiwa israk Mikraj ini bukan sahaja untuk menyedapkan telinga yang mendengarnya saban tahun, tetapi ia menjadi satu manhaj aqidah yang jelas dan tegas bagi melayakkan kita untuk bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.
Buat sahabat-sahabat yang dikasihi, marilah kita calonkan diri kita untuk menjadi orang yang layak mendapat kesaksian Rasulullah s.a.w tehadap keimanan kita. Adakah bukti ini belum mencukupi untuk kita? Renung-renungkan dan selamat beramal.

SUMBER RUJUKAN:
Biografi Muhammad Bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi. Penulis: Prof. Dr. Dato‘ Zulkifli Haji Mohd Yusof dan Dr. Noor Naemah Abd Rahman. Terbitan PTS Islamika.

Wednesday, June 13, 2012

Promosi Bayar Zakat Harta oleh PPZ



Saya dapat email daripada PPZ berkenaan promosi zakat harta jadi nak kongsilah juga dengan kawan2 maklumat yang diberi takutla kawan2 tak dapat. Saya ni tolong nak panjangkan je. Minta2 kongsi berdakwah sama dengan kawan2. 

Isi surat macam kat bawah bolehlah teruskan baca.. Bukan ayat saya ayat diaorang..Kalau nak join promosi ni klik la kat banner kat atas tu.. ..


Assalamualaikum
Tahun 2012 merupakan Tahun Zakat Harta di Wilayah Persekutuan. Pelbagai kempen dan acara dilaksanakan bagi menyebarkan dakwah zakat, seterusnya mengajak masyarakat Islam untuk menunaikan zakat menerusi inovasi baru pembayaran zakat yang disediakan.

Layari portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my dan terokailah kemudahan taksiran, pembayaran dan semakan penyata zakat, di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan sila hubungi 1-300-88-5757
Selamat berzakat!

Yang Benar,

Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP
’Berzakat Menyucikan Harta dan Jiwa’

www.zakat.com.my 

myzakat



iZakat :
App Store & Google Play
Hubungi 

Talian Zakat
Fax

Email
Portal
: 1300 88 5757
: 03-9289 5758

: info@zakat.com.my
: www.zakat.com.my

Kemaskini Maklumat Peibadi di PPZ




Assalamualaikum  
 
Sambil dok tengok website PPZ www.zakat.com.my saya terlihat banner yang meminta semua pembayar mengemaskini maklumat peribadi. Pihak PPZ ada menawarkan hadiah misteri untuk dimenangi bagi pembayar potongan gaji zakat.


Cubalah kawan2 klik link kat atas atau masuk ke web site diaorang mana tahu dapat hadiah misteri yang ditawarkan. Lagi pun saya nampak PPZ nak kan kita berhubung terus dengan pihak mereka melalui talian dan mengemaskini sendiri data masing2 mungkin nak elakkan daripada maklumat yang dihantar daripada mereka tak sampai kat kita. 

Pihak PPZ juga sedang mengadakan kempen HIJAUKAN BUMI kepada pembayar-pembayar zakat sedia ada bagi tujuan mengurangkan penggunaan kertas dalam semua urusan pada masa akan datang.




Pada yang belum jadi pembayar ZAKAT cubala bayar sikit2 dulu mana tahu Allah akan buka jalan untuk nak menambahkan bayaran. Kan Allah dah janji untuk  melipatgandakan rezeki pada orang yang menginfakkan harta mereka ke jalan Allah


Kalau Tuan2 nak ikuti maklumat terkini PPZ saya rasa bolehlah LIKE di facebook PPZ kat bawah moga2 ada juga kita dapat info terkini dari pihak mereka.



myzakat



iZakat :
App Store & Google Play
Hubungi 

Talian Zakat
Fax

Email
Portal
: 1300 88 5757
: 03-9289 5758

: info@zakat.com.my
: www.zakat.com.my

Monday, June 11, 2012

Cara Kira Zakat Pendapatan Guna Telefon Bimbit


Semalam saya dok main2 saya punya iphone terklik pula dekat APP STORE. Teringat pula macamana saya nak dapatkan maklumat zakat. Saya pun search lah nama zakat . Tuan2 tahu apa yang keluar, saya tengok aplikasi baru yang diperkenalkan oleh Pusat Pungutan Zakat. Nama agak glamour La jugak iaitu iZakat. Bila saya klik dan download aplikasi ini pada saya amat menarik dengan grafik dan kaedah yang digunakan oleh PPZ agak menepati citarasa pengguna. 


Saya sempat juga ambik screen shot aplikasi ini untuk di kongsi bersama tuan2. kalau Tuan2 ada iphone macam saya bolehlah download dan kita pakat tengok informasi yang diberikan oleh PPZ bagi menyedarkan masyarakat untuk berdakwah. katanya ada juga dalam versi ANDROID bagi pengguna yang mempunyai aplikasi yang berlawanan dengan saya. Tapi takpe saya juga minat sebenarnya dengan telefon yang pakai versi Android ni cuma kurang duit sikit nak beli. Insyaallah kalau ada reseki nak juga pasang satu lagi.. Kalau nak dapatkan bolehlah pergi ke Google Play dan download la kat sana. Cuba kita tengok apa yang boleh dikongsi.


Pada yang pakai APP STORE saya rasa anda semua tahu nak downloadkan. Saya nak tunjukkan lagi screen kedua yang ada dekat applikasi ini yang saya nak kongsi

Anda kalau nak dapatkan info atau nak tahu detail pasal syarat wajib, jenis zakat, ataupun nak kira fidyah dah dekat nak bulan puasa ni kot-kot la ada orang nak tanya pasal fidyah ke kat tuan2 bolehlah bercerita sikit kat kawan2 kita.


Kalau ada kawan2 kita nak tanya pula pasal cara nak kira bolehlah pula kita klik dekat KALKULATOR. Memang cukup menarik cukup mudah kalau kita nak tahu cara kira. Banyak jenis zakat tuan2 boleh kira sendiri pendapatan,perniagaan, wang simpanan, saham, emas dan juga kalau tuan2 wak keluar KWSP kira lepastu terus je pergi bayar mudah kan.


kalau anda memang tak layak kat situ juga terus akan dipaparkan anda tidak layak lagi bayar zakat kerana pendapatan setahun kurang daripada nisab. Nak tahu nisab berapa pada kadar semasa dah di display kat skrin pengiraan mudah2... 


ok lah tuan2 nak cerita detail pun tak guna tapi kalau tuan2 nak cuba bolehlah cuba download kat site yang saya cakap tadi. Tugas saya berdakwah dah selesai sekarang tuan2 pulalah punya pilihan nak share atau like atau nak bagi comment kat kawan2 tuan2. Menarik ke tidak saya baru belajar tulis blog harap2 dapat kita kongsi bersama.. Allah sahaja yang amat mengetahui. Jumpa lagi di artikel akan datang...  

Friday, June 8, 2012

Remaja

Ingat tak tajuk  khutbah tadi. Kalau  tak mengantuk atau terhangguk2 tanda setuju mungkin kita dapat tangkap apa khatib katakan. Saya tersentuh  dia cerita alam remaja pasal perubahan fizikal yang menjadi punca kecelaruan kena pa ya? Mungkin kerana perasaan ingin mencuba nak jadi dewasa tapi tak sedar diri baru nak kenal dunia (kata saya la) patutnya diusia ini kenalah lengkapkan diri dengan persiapan rohani untuk tuju alam dewasa. Sapa patut bimbing dia ? Kalau gagal macamana? Katanya banyak sagat gejala dah makin parah dan betulke diorang suka melepak, monteng sekolah, suka merempit, meragut, dadah, judi, bergaul bebas sampai zina. Eeeee ... skoden (saya tambah) ntah apa lagi lah betulke?. Ntahlah kalau betul memang parah latu satu lagi baruni kumpul belia ramai2 ada tujuanke diorang ni, pas tu bagi pula hidangan rohani (kata utusan)  k-put... Layan sajalah agak2 boleh berjaya ke jamuan macamtu saya pun tak tahu dah macam2 kat malaysia ni. Menurut jpn hampir 257k bayi yang dilahirkan tanpa nama bapa dari tahun 2000-2008. Mungkin ada terkena saudara kita ke. Mintak jauhlah harapnya....sabda rasulullah saw dengan maksudnya "Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina dikalangan mereka, apabila anak zina tersebar luas dikalangan  mereka maka allah akan menurunkan  azab seksa kepada mereka seluruhnya" hadis riwayat imam muslim.  Mujur saya dah dewasa.. Mintalah agar allah lindung kita semua. Amin. Allah saja yang tahu.

Khasiat Minum Susu

Susu. Tuan2 mungkin tahu apa hasiat dia cuma saya nak tambahje sikit2. Firman allah dengan maksudnya "Dan sesungguhnya pada haiwan ternakan itu benar2 terdapat banyak pengajaran bagi kamu, kami memberi  kamu minum daripadanya apa yang berada di dalam perutnya berupa susu yang bersih yang berada antara tahi dan darahnya ia mudah ditelan (diminum).(surah an-nahl 66) Susu banyak protein, fungsi menambah kekuatan, kecerdasan dan kesihatan. Rasulullah saw biasa minum susu untuk menambah kuat sihat dan mudah melawan penyakit. Biasanya di berdoa dengan maksud "Ya allah berikanlah kebaikan pada kami  dalam susu ini dan tambahkanlah keberkatan bagi kami daripadanya"