Artikel ini sesuai
bagi individu yang memerlukan suntikan untuk menambah baik kenikmatan solat.
Dan supaya solat mereka ada roh yang membuat mereka khusyuk tiap kali bertemu
dengan Allah. Insya-Allah.
Beruntunglah orang yang dikurniakan kekhusyukan ketika solatnya.
[Elsoar]
Ia adalah tip yang
diberikan oleh mekanik kewangan, Abang Abu ketika saya menyertai salah satu
program beliau. Walaupun dalam program itu, diajar tentang kewangan, namun
alhamdulillah, kandungannya turut dikaitkan dengan kerohanian yang sebati
dengan jiwa saya sebagai penulis Inspirasi KeTuhanan.
Sesungguhnya beruntunglah
orang yang dikurniakan kekhusyukan ketika solatnya. Yang boleh ditakrifkan
sebagai kemanisan beribadah. Rasa sangat seronok di saat bertemu dengan Allah.
Berikut adalah 4 perkara yang anda perlu lakukan untuk peroleh kekhusyukan
dalam solat:
#1 – Bertanya Allah Dulu (BAD)
Teknik BAD adalah nama yang saya perkenalkan yang mempraktikkan
konsep berdialog dengan Allah. Berapa ramai antara kita yang sebelum solat,
berdoa kepada Allah, dikurniakan solat yang khusyuk, rasa begitu nikmat ketika
solat?
Pasti sangat minima.
Kerana kebanyakan kita bersikap endah dan tidak endah, iaitu dengan berniat
sahaja ibarat sudah meminta kepada Allah dikurniakan solat yang khusyuk.
Walau Allah Maha
Mengetahui, tidak sepatutnya kita take for granted untuk meminta, berdoa kepada
Allah dikurniakan solat yang khusyuk terlebih dahulu sebelum solat.
#2 – Hormat, Tertib dan Takut
Bayangkan kita pergi
menghadap Yang Dipertuan Agong (YDP). Bagaimana cara kita? Pasti kita sangat
hormat, tunduk dan sopan menghadap beliau. Kerana kita tahu, istana ada
protokol yang sangat ketat.
Dan sebagai rakyat
biasa, kita tidak boleh pergi begitu sahaja. Ada cara berpakaian, tertib yang
kita perlu ikut sebelum menghadap beliau. Begitu dengan solat. Kita sedang nak
menghadap Allah. Pemilik alam semesta.
Namun, seringkali kita
menganggap perkara itu remeh. Seperti berjumpa Allah hanya dengan pakaian kotor
dan tidak kemas. Sebaiknya kita menganggap Allah lebih baik dan tertib daripada
berjumpa YDP. Lebih kemas, lebih berbau wangi ketika berjumpa Allah.
Andai kita keluar,
kita gosok kemeja, gosok tudung, namun mengapa kita tidak gosok telekung atau
baju solat kita ketika menunaikan solat? Ia adalah refleksi bagaimana kita
meremehkan pertemuan kita dengan Allah.
#3 – Benar-Benar Berharap
Dalam bacaan solat,
ada antaranya ibarat doa yang boleh kita baca dan rasakan pengharapan daripada
seorang hamba kepada Tuhannya. Seperti dalam surah Al Fatihah ayat 6 yang
bermaksud,
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
Rasakan kita
betul-betul berharap. Dan rasa takut andai tidak dibimbing Allah. Hakikatnya
kita ini manusia yang lemah tanpa Allah. Silap sedikit, kerana mengikut nafsu
kita.
Adakalanya keputusan
yang kita buat tidak bersandarkan Allah. Justeru penting dalam ayat seperti
itu, kita rasakan dan minta Allah betul-betul bimbing kita dalam segala
perkara.
Andai dihayati secara
mendalam. Insya-Allah kita mampu menangis apabila kita ada perasaan mengharap
kepada Dia supaya Dia sentiasa bimbing kita ke arah yang betul.
#4 – Sabar – Tukhmaninah
Air adalah antara
elemen yang boleh membantu kita untuk berasa tenang. Dengan mengambil wuduk, ia
akan membuat kita merendahkan gelombang beta (gelombang kabut dan huru-hara)
kepada gelombang alpha (gelombang ketenangan).
Itulah hikmah di
sebalik mengambil wuduk sebelum tidur, atau saranan memulihkan perasaan marah.
Supaya kita mudah tidur, dan marah kita bertukar daripada gelombang beta
(gelombang kabut) kepada alpha (gelombang tenang) semula.
Hanya dengan berasa
tenang, kita akan peroleh kekhusyukan dalam solat. Ada suatu quote yang
terkesan di hati,
“Don’t rush your solah for anything, as you’re standing in front of the
one who’s in charge of whatever you’re rushing for.”
Yang merefleksi supaya
kita jangan tergesa-gesa dalam solat, kerana kita sedang menghadap tuan empunya
yang menguruskan apa sahaja yang kita tergesa-gesakan.
#5 – Syukur Dapat Solat
Tiap kali lepas solat,
disarankan melakukan sujud syukur. Bukan sahaja kerana kita bersyukur dapat
solat tetapi untuk semua nikmat Allah yang kita tidak minta pun Allah sudah
beri, seperti oksigen, dan air.
Andai manusia, apabila
kita gunakan barang dia tanpa minta izin, dia akan marah. Namun, adakah kita
sedar, sudah berapa banyak nikmat Allah yang kita tidak minta izin tetapi kita
tetap menggunakannya? Allahu akbar.
Andai kita belajar di
luar negara, insya-Allah kita akan lebih menghargai solat. Kerana di sana tidak
banyak surau seperti di Malaysia. Kita yang kena cari tempat yang sesuai untuk
solat.
Adapun andai kita
orang yang kerja di Kuala Lumpur, pasti ada situasi kadang-kadang terlepas
solat Maghrib kerana kesesakan lalu lintas yang teruk. Kita hanya akan rasa
nikmat apabila kita susah dapat solat. Justeru, penting bersyukur tiap kali
dapat solat.
Insya-Allah apabila 5
perkara di atas digabungkan ketika menunaikan solat, kita akan peroleh
kekhusyukan dalam solat.
No comments:
Post a Comment