Wednesday, October 31, 2012

MTV-PPZ Menjunjung Amanah


Salam , Syoknya buat rakaman MTV-PPZ Menjunjung Amanah dan pastinya  saya joint sekali bagi menjayakan projek ini.  Untuk tahun 2012 ini dah kali kedua PPZ-MAIWP  menyelesaikan rakaman Video Klip Zakat yang terkandung dalam mini album PPZ-Menjunjung Amanah. Baru-baru ini MTV-Indahnya Berzakat dan kali ini  PPZ-Menjunjung Amanah yang juga merupakan lagu korporat untuk  PPZ-MAIWP. 


Projek ini diterbitkan oleh Unit Pembangunan Web & Multimedia yang juga telah  menerbitkan 2 video  klip PPZ sebelum ini iaitu Rukun ke 3 dan Rintihan Taubat pada tahun 2011. Ianya diterbitkan dengan kerjasama Kumpulan RAIHAN..
Persediaan Sebelum Rakaman








Album yang dihasilkan ini adalah keperitahatinan PPZ-MAIWP dalam meneroka peluang berdakwah melalui cabang hiburan. Bermula dengan mini album PPZ Menjunjung Amanah yang telah mendapat anugerah Malaysia Book Of Record tahun 2009 dalam kategori album pertama zakat di Malaysia. Kini PPZ-MAIWP melangkah setapak lagi dengan menerbitkan MTV atau Video Klip berunsur Zakat. Terdapat 4 lagu utama yang di masukkan kedalam album ini iaitu PPZ Menjunjung Amanah,Rintihan Taubat, Rukun 3 dan Indahnya bezakat.

Rakaman ini berkisar tentang aktiviti PPZ-MAIWP seperti mesyuarat , kerja -kerja pejabat , kutipan zakat dikaunter dan kutipan zakat di luar menggunakan Van Bergerak PPZ diiringi dengan kumpulan RAIHAN sebagai latarbelakang. 


Pembangunan pesat dalam era globalisasi secara langsung telah membawa pelbagai perubahan dalam dunia penyiaran atau hebahan di negara kita. Kini ramai golongan muda menggunakan youtube sebagai media baru mereka dan salah satunya adalah menonton video klip. Video klip adalah amat diminati oleh golongan ini justeru itu amat sesuai sekali PPZ juga melibatkan dalam arus terkini untuk sama-sama berdakwah.

Objektif utama Mewujudkan siri video klip sesuai dengan zaman media baru yang disukai oleh golongan muda berumur 20-45 tahun. Ianya juga sebagai salah satu alat untuk mempromosikan Zakat/PPZ secara online. Berhibur sambil berdakwah cara santai. Berdakwah mengguna media baru seperti Youtube, Vimeo, Facebook, Twitter dan portal PPZ dan kaedah VIRAL MARKETING amat berkesan masa kini.

Sasaran utama golongan muda yang mana ramai menghabiskan masa menggunakan internet. Mereka ini sering menggunakan youtube atau facebook untuk berkomunikasi malah juga mereka akan berkongsi bahan yang disukai sesama mereka.

Yang hebatnya tentang video klip ini kita menggunakan area kamera berkuasa tinggi untuk mengambil pandangan atas bangunan dan view yang lebih menarik. 

Hebatkan PPZ jagan lupa pada yang tak like lagi facebook myzakat klik lah dekat http://facebook.com/myzakat moga2 anda jua dapat bersama saya majukan intitusi zakat dan berdakwah bersama - sama kami... 

Rakaman ini telah diterbitkan bersama Pusat Pungutan Zakat, AmProduction Sdn.Bhd dan Two Tones Sdn bhd. 

Wassalam... Norman Yahya.... sukanya....


Jurutera Sedang Pasang dan Setting HeliCam

Kakaitangan Sedang Bersedia Sesi Rakaman



                                      
 
Sedang Berbincang 
.
Rakaman Guna HeliCam





Kumpulan Raihan Sedang Bersedia




Rakaman Situasi Kerja Di Pejabat

Rakaman Situasi Kaunter Zakat


No comments:

Post a Comment