Kawan2 mungkin nak mengenali apakan solusi yang sesuai untuk diambil sekiranya single server yang ada dah tak cukup kuat untuk menampung keperluan organisasi yang ada ataupun keperluan organisasi memerlukan server yang banyak tetapi kos yang diperuntukkan kepada bahagian ICT terlalu ciput ataupun juga macamana kita ingin berkongsi resource yang ada dalam sever seperi ram,cpu,hd dan lain2. Apa pilihan yang kita ada. Saya ada cara penyelesaianya inipun hanya satu solusi anda mungkin boleh memilih berbagai2 cara lagi untuk mengubah cara kerja yang lebih praktikal mengikut kepakaran dan kemahiran yang ada pada anda semua.
Sistem virtualization adalah satu sistem yang boleh digunakan oleh syarikat tuan2 yang boleh saya syorkan mengunakan produk FifeNines. Sistem ini disasarkan untuk membantu organisasi bagi perkara berikut.
- Meningkatkan kebolehsediaan (availability) sistem – sistem yang dibekalkan adalah “fully redundant”, dimana semua komponen utama direka untuk menampung kegagalan – samada secara sengaja atau tidak sengaja. Sebagai contoh, sistem storan dapat menampung sehingga 50% kegagalan disk. Disamping itu, komponen seperti motherboard, CPU, RAM dan NIC boleh menampung kegagalan dengan “failover” ke “node” yang masih berfungsi.
![]() |
Same System After |
- Menjimatkan kos pembelian server – dengan sistem virtualization, organisasi anda dapat menurunkan kos pembelian server dengan menggunapakai “resource monitoring” yang disediakan, dan memastikan CPU / RAM / storan dapat digunakan secara lebih optimum.
- Memudahkan penyenggaraan sistem – berikutan semua sistem adalah “virtual machine”, operasi penyenggaraan dapat dibuat dengan hanya menggunakan web browser. Selain itu, jika ada keperluan untuk “machine” yang baru, ia dapat disediakan dalam tempoh hanya 4 jam.
- Memudahkan perlaksanaan sistem disaster recovery (DR) – sistem virtualization memudahkan organisasi untuk melaksanakan sistem DR dengan memastikan data sentiasa dihantar secara berterusan ke lokasi DR. Walaupun di waktu puncak, beza antara data di pusat data utama dan pusat data DR adalah tidak melebihi 15 minit.
Figure 1 Sistem
virtualization dan high-availability PPZ.
Seperti dipaparkan dalam gambarajah di atas, terdapat empat
node “hypervisor” yang disambung ke dua sistem backup, dan juga sistem High
Availability Storage (HAS). Sistem ini sekarang menyokong sebanyak 9 “virtual
machine” yang menyokong operasi organisasi. Jika terdapat mana-mana “hypervisor” yang
gagal, “virtual machine” yang sedang berfungsi di “hypervisor” yang gagal
tersebut akan dihidupkan semula di “hypervisor” yang masih ada.
Dengan perlaksanaan sistem virtualization dan
high-availability, Kemungkinan Organisasi anda tidak lagi perlu risau akan kegagalan komponen
individu server.
Ini adalah kerana sistem-sistem dalaman organisasi berfungsi di dalam
“virtual machine” yang boleh dipindahkan secara serta-merta ke “hypervisor”
lain tanpa sebarang kehilangan data.
Ok. Itu saja . Mungkin akan datang saya nak kongsi dengan anda semua penggunaan high-availability storage pula...
No comments:
Post a Comment