Terpesona itu sajalah yang saya dapat gambarkan. Apabila menyertai dan dapat melihat sendiri konsert yang julungkalinya diadakan oleh penyayi muda yang berumur 28 tahun ini. Memperkenalkan konsep baru dalam berdakwah dengan mendedangkan alunan zikir yang begitu lunak dan asyik sekali memang padanlah kalau albumnya telah dapat dijual hamper 8000 unit.
Kelihatan begitu ramai peserta menunggu diluar untuk melihat sendiri konsert yang julung kali diadakan.
Saya jangkakan kemunkinan besar hampir seribu penonton memenuhi Dewan Perdana Felda, Datang untuk memeriahkan lagi konsert ini. Ianya juga akan dirakam untuk diisiarkan di salah satu station TV tempatan dan kemungkinan juga disiarkan diluar negara.
Entah kenapa tergerak pula hati nak pergi melihat sendiri penampilan anak muda ini yang hampir setiap detik namanya disebut dalam twitter dan juga facebook dan segala alunan zikirnya dapat di ikuti oleh semua golongan peminatnya.
Zikir Allah sahaja kalau dikira bilangan sebutan yang dibuat lebih kurang 1555 kali diulang oleh Hafiz, bayangkan kalau zikir yang sama diikuti oleh pendengar yang mengikuti rentak zikir tersebut. Tak dapat saya bayangkan entah beribu atau berjuta kali nama Allah disebut. Betapa besarnya peranan muzik yang telah dapat menjadi satu fenomina yang amat menarik dan mempunyai pengaruh yang besar dikalangan anak muda dan juga golongan berumur.
Berbagai lagu telah dimuatkan dalam mengisi konsert yang diadakan diantaranya ialah Astarfirullah, alhamdulillah, subhanallah wabihamdihi subhanallah al azim, Allah dan banyak lagi.
Itulah kalau kita dekat dengan Allah, Allah akan dekatkan lagi dirinya dengan kita. Allah akan mengkayakan lagi jiwa kita dengan pengisian roh jasmani dan rohani yang memang mempersonakan dan begitu indah.
Saya melihat perbezaan yang amat ketara antara menonton konsert zikir terapi berbanding dengan konsert penyanyi rock. Konsert ini lebih tenang dengan kehadiran penonton yang semuanya menutup aurat, berpakaian amat sopan sekali, bersilaturrahim, berpelukan dengan akrab sekali, bersalaman, bersopan santun,masuk dewan secara amat tertip, ibu ayah dan anak dapat bersama dengan suasana damai dan penuh ketenangan memang menyerlahkan lagi roh ke Islaman.
No comments:
Post a Comment