Wednesday, November 7, 2012

Leased line atau talian Streamyx dan Unifi


Agak2 ada alternatif tak untuk menukarkan talian sedia ada (Lease Line) kepada talian baru yang mungkin lebih laju dan boleh mengurangkan kos.. Saya rasa dengan kehebatan teknologi yang ada sekarang dah bolehkot. Apa yang kita rasa boleh kita lakukan untuk meningkatkan kelajuan dengan penjimatan yang boleh dibuat.

Kalau dahulu kita menggunakan talian lease line sebagai penyambung talian cawangan ke ibu pejabat mungkin sekarang ini dah ada alternatif baru yang kita boleh cuba dengan kaedah ini mungkin kita akan menjimatkan wang syarikat dan menambahkan kelajuan capaian. 


Sekiranya syarikat tuan2 telah menggunapakai sistem leased line sejak dari penubuhan. Kos tahunan yang perlu dibayar adalah begitu tinggi dengan kelajuan capaian yang rendah. Saya merasakan bahawa keselamatan data masih boleh dicapai menerusi penggunaan IP-VPN yang dioperasi menggunakan talian biasa seperti Streamyx dan Unifi.


Contoh IP-VPN yang menggunakan talian Streamyx / Unifi


Terdapat beberapa cara iaitu dengan memasang sistem SecureWall yang berfungsi sebagai firewall dan VPN access server. Sistem ini dipasang secara redundant di pusat data utama. Manakala di cawangan-cawangan, SecureWall mini dipasang bersama 2 talian Streamyx / Unifi yang beroperasi juga secara redundant.

Dengan menggunakan kaedah ini , kita akan dapat merealisasikan penjimatan melebihi 75% peratus untuk bil talian dan meningkatkan kelajuan hampir 10 kaliganda. Malah penggunaan IP-VPN menerusi SecureWall ini juga telah dikembangkan untuk menghubungkan ke kaunter mini yang lain yang dibuka menggunakan notebook yang boleh dibuka di pasaraya dan sebagainya dan juga aplikasi yang diletakkan di pusat data pihak ketiga. 


Saya melihat perkembangan ini boleh di buat untuk syarikat yang mempunyai jumlah bilangan kaunter yang banyak diseluruh negara. Ianya juga boleh digunakan untuk syarikat yang mempunyai modal yang sedikit untuk perbelanjaan talian ataupun syarikat yang baru memulakan operasinya. selain dari kos talian antara perkara yang kita boleh fikirkan juga adalah kos untuk membeli peralatan router itu sendiri. 

Terdapat beberapa option untuk membeli router itu sendiri.Kos router boleh mencecah hampir puluhan ribu. Satu cawangan mungkin menggunaan kos pembelian router yang standard menggunakan barangan berjenama dengan harga RM8k dan kad tambahan RM4k. Kos ini boleh dikurangkan dengan pembelian router yang agak biasa tetapi boleh digunakan iaitu dengan harga RM600 sahaja untuk satu talian, untuk keselamatan dan penguragan downtime saya cadangkan sekurang2nya menggunakan 2 talian yang menggunakan talian streamyx atau unifi. Sekiranya kawasan itu mempunyai unifi saya syorkan guna kedua2 talian unifi untuk membolehkan speed tidak berkurang sekiranya terdapat satu talian down contoh yang paling minima 5mbps. Sistem ini boleh di configure untuk menukarkan talian kepada talian backup dalam masa 5 minit sahaja tanpa memberi gangguan kepada operasi kaunter cawangan.  

Saya melihat kos yang banyak dapat dikurangkan bagi mengatasi masalah ini dan tidak dinafikan memang lease line stabil dan boleh digunakan tetapi tetap ada alternatif yang boleh diambil bagi mengurangkan kos operasi syarikat. Memang akan ada kelemahan untuk setiap solusi yang dicadangkan kerana anda hanya akan dapat mengurangkan downtime sahaja tetapi tidak akan dapat membuat tiada downtime langsung kerana tetap akan ada pihak ketiga iaitu pembekal talian yang akan menguruskan talian anda...

Sekian... 



No comments:

Post a Comment