Membeli telefon nampak mudah tetapi kalau salah beli, buruk padahnya, apa kata kita cuba dapatkan sedikit tips membeli telefon pintar yang kurang diendahkan pengguna. Dipetik daripada sumber internet.
1. Keperluan atau kehendak
Beringatlah!
Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta
perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda
sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak. Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan
antara keperluan dan kehendak? Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul
dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup
tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu
beringat-ingat. Sebagai contoh, telefon
bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas.
Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan
bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal
dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah
mengubah daripada keperluan kepada kehendak.
2. Terlampau taksub pada resolusi kamera telefon
Apabila anda ke
kaunter, soalan yang ditanya, berapa megapiksel kamera telefon ini? 5.0
megapiksel? 8.0 megapiksel? Atau 12.0 megapiksel? Adakah ia soalan itu penting?
Jawapannya, ya, penting tetapi ia bukan segala-galanya kalau membeli
telefon. Anda akan membawa telefon ke hulur
ke hilir dan fungsi kamera biasanya digunakan secara mengejut, contohnya merakam
kemalangan depan mata atau selebriti yang secara tiba-tiba melintas di depan
anda. Pada masa ini, resolusi bukan segala-galanya tetapi kepantasan dan
kekuatan 'shutter' yang paling utama. Bagaimana untuk memilih shutter? Jawapan
itu sukar dijawab, hanya satu tips saja iaitu cuba dulu telefon di kedai dengan
merakam gambar orang lalu lalang di depan. Lihat saja model mana yang kurang
'blur'nya. Enjin pemproses itu memainkan
peranan lebih penting dan bukannya resolusi. Ketika ini, saya lebih menggemari
model iPhone 4 ke atas yang mempunyai kekuatan kamera yang benar-benar baik
tetapi tidaklah terlalu hebat.
3. Terikut-ikut orang atau trend
Bak kata-kata
dalam salah satu filem P Ramlee (tidak ingat pula saya tajuknya), 'Orang mahu
radio, dia mahu radio...orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru...' kita
terlalu ikut rentak orang di sekeliling sehingga lupa, selera kita tak sama
dengan selera orang lain. Orang lain mungkin sesuai dengan Samsung dan kita pun
turut beli produk Samsung walaupun sebenarnya kita lebih sesuai memakai
Blackberry atau iPhone saja. Terikut-ikut
kawan berbeza dengan meminta nasihat dari mereka. Anda boleh bertanya tentang
telefon pintar dari rakan anda tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan
keperluan anda. Misalnya, kawan anda beli jenama tersebut disebabkan mereka
sudah biasa memakai produk syarikat tersebut. Anda pula terus membeli tanpa
mengkaji terlebih dahulu. Akibtanya, wang beribu ringgit hangus dan anda bosan
dengan telefon anda tidak sampai tiga bulan memakainya. Kadang-kadang, lebih baik kita membeli model lama yang
dikeluarkan enam bulan atau setahun lamanya yang lebih murah tetapi elok
dipakai. Apatah lagi, harganya sudah jatuh sekitar RM300-RM500.
4. Pilih pasca bayar yang mahal
Apabila membeli
telefon pintar, anda pastinya perlukan sambungan data untuk berhubung dengan
internet. Pastilah rugi telefon pintar tanpa data kan? Namun, silapnya kita ialah mendapatkan pelan pasca bayar
yang mahal. Di pasaran, kebiasaannya ditawarkan pakej 1MB, 2MB, 5MB dan
sebagainya. Ada yang beranggapan kita perlu mendapatkan pelan paling mahal
kerana KERAP guna walaupun hakikatnya penggunaannya hanyalah separuh. Jadi semak
dulu keperluan. Kalau setakat bersosial di Whatsapp, Facebook dan Twitter, pelan
1MB sudah cukup. Tetapi tidak salah
menggunakan prabayar yang kini ada semurah RM18 sebulan berbanding penggunaan
RM88 dan sebagainya. Ia sudah cukup untuk membolehkan anda merewang di internet.
Manfaatkan keperluan tersebut.
5. Beli skrin sentuh walaupun tak biasa
Kadang-kadang,
kita tidak rasa 'cool' berdampingan dengan rakan-rakan yang semuanya menggunakan
telefon pintar jenis skrin sentuh berharga mahal. Kita pun ingin turut
mencubanya sehingga lupa yang kita lebih biasa menggunakan papan kekunci
fizikal. Terdapat dua
pengguna telefon pintar di negara ini, satu yang gemarkan skrin sentuh dan satu
lagi yang lebih biasa dengan butang kekunci. Jadi, anda tergolong dalam kategori
yang mana? Kalau mahukan skrin sentuh, banyak jenama di pasaran, kalau mahukan
butang kekunci, Blackberry pilihan terbaik sekarang. Kalau sudah nekad menggunakan skrin sentuh, pastikan
anda membiasakan diri mempelajarinya.
6. Kurang membaca untuk sedikit penyelidikan
Sesuatu yang
jarang pengguna lakukan sebelum membeli telefon pintar adalah membaca. Membaca
untuk mendapatkan gajet terbaik mereka. Lihat beberapa majalah atau laman web
untuk pastikan anda benar-benar memilih yang terbaik. Lakukan perbandingan dengan menyediakan kertas khas
serta pastikan semuanya disemak termasuk harga, sistem operasi, prosesor dan
tahap nipis.
7. Membeli secara bayaran ansuran
Kesilapan yang
sering kita lakukan adalah 'biar papa asal bergaya'. Sehinggakan beli telefon
pun mahu berhutang. Lebih baik anda dapat membayar sejumlah tunai untuk
mendapatkan telefon pintar dan jangan terikut dengan kempen 0% tanpa faedah.
Nampak mudah tetapi pada akhirnya kalau anda terlepas membuat bayaran, padah
jadinya. Lagipun, tempoh pinjaman biasanya
setahun hingga dua tahun, bayangkan hanya selepas tiga bulan, sudah ada model
baru di pasaran dengan teknologi baru pula itu. Takkan anda mahu berhutang
lagikan?Jadi bayarlah secara tunai. Kalau
anda tidak mampu, belilah model yang sederhana. Terdapat banyak telefon pintar
yang mempunyai harga kurang RM1,000. Lebih baik anda kumpul dahulu dan elakkan
membeli produk bernilai lebih RM1,500 kalau tidak mampu.
Selepas membeli
telefon pintar, lebihkan belanja untuk menjaganya termasuk pelindung skrin dan
sebagainya. Ramai yang berbelanja besar membeli telefon pintar tetapi melupakan
soal aksesori yang sepatutnya menambah jangka hayat telefon. Saya ambil pelindung skrin sebagai contoh, ia penting
untuk memelihara skrin. Kalau jatuh (kebarangkalian yang tinggi) ia akan
menyebabkan skrinnya pecah. Itu belum lagi bercakap soal calar dan sebagainya.
Lain-lain aksesori yang perlu diberi perhatian ialah kit bebas tangan (biasanya
disertakan tetapi kadang kala tidak juga) dan pengecas mudah alih. Biasalah,
bateri telefon pintar ini sangat cepat menurun ketika penggunaan aktif jadi
pengecas mudah alih sangat membantu. Bajet
diperlukan untuk tambahan aksesori, mungkin dalam lingkungan RM200.
9. Pilih storan yang tidak mencukupi
Akibat kekurangan
bajet, kita membeli telefon dengan kapasiti setoran minimum yang menyebabkan
kekurangan ruang untuk menambah aplikasi-aplikasi menarik. Pada waktu sekarang,
ada 16GB simpanan secara minimum untuk kebanyakan telefon pintar. Ada juga yang bagi tambahan slot kad microSD tetapi
lebih baik juga kalau gunakan khidmat storan cloud kalau boleh. Kalau anda
pengguna yang tegar, beli kapasiti lebih iaitu sekitar 32GB.
10. Beli saiz besar
Ada yang sukakan
saiz melebihi 4.0 inci, ada juga yang melebihi 5.5 inci, tetapi beli disebabkan
suka saja mengakibatkan anda menyesal,. Mengapa? telefon sukar digenggam, tidak
ergonomik, tidak muat dalam poket. Jadi
pilih dengan berhati-hati, kalau saiz tangan anda kecil, beli telefon pintar
berskrin 3.7 inci hingga 4.3 inci. Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon
hanya menggunakan satu tangan yang lebih baik. Saiz besar juga mengakibatkan poket terlalu penuh dan
sukar ketika bergerak (untuk lelaki). Seperti yang disarankan dari awal, cuba
dulu telefon tersebut sebelum membelinya.
credited to : Amran
Hazali
No comments:
Post a Comment