(Penting) 10 Maklumat Dilarang Kongsi di Internet
Amatlah penting bagi pengguna laman sosial supaya tidak berkongsi maklumat peribadi mereka. Kelalaian mampu menyebabkan anda terdedah dengan risiko jenayah.

Berikut
adalah 10 maklumat yang dilarang kongsi di facebook & twitter:
1. Tarikh lahir
Mendedahkan
tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama jika kad bank anda hilang
atau menjadi sasaran seseorang. Tak mustahil mereka akan menggunakan tarikh
lahir anda untuk melakukan transaksi
2. Nama ibu
Korang
perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan
keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai
korang menerusi dalam talian. Ini menyebabkan risiko akaun laman sosial anda
dihack amat tinggi.
3. Alamat rumah
Tidak
perlu rasanya sebarkan alamat kediaman kepada umum sebabnya penjenayah kini
semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda
menyatakan status bahawa anda tiada di rumah.
4. Perjalanan jauh dari rumah
Status
yang memberitahu anda tiada di rumah dalam sesuatu tempoh yang lama tidaklah
menarik perhatian jiran untuk memantau rumah sebaliknya menarik perhatian ‘si
penjenayah’ licik yang tidak anda sangka.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat
Jika
anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut
memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai
Zaman
teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi
malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah ye!
7. Pengakuan atau kekecewaan
Ramai
yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang terutama
apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan jika mempunyai
masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.
Malah jangan cuba menjadi desperate apabila putus cinta kelak mengundang perogol
bersiri mencari korang.
8. Nombor telefon
Memaparkan
nombor telefon menerusi laman sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi untuk
menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada
rakan korang.
9. Mengira detik percutian anda
Lebih
baik anda memberitahu rakan-rakan tentang percutian selepas pulang dari bercuti
daripada berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti. Mana tahu
ada yang merancang untuk melakukan jenayah semasa ketiadaan anda.
10. Gambar di dalam rumah
Korang
mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang
berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Apabila anda menangkap
gambar dan menayangkan dalam facebook berkemungkinan semua itu akan membuatkan
si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh
rumah sangatlah tinggi.
*** Buang kotak barangan baru jauh dari rumah.
Apabila
anda membeli barang baru seperti TV, laptop, komputer, pastikan anda tidak
membuang kotak tersebut di tong sampah depan rumah. Kalau boleh buang di tempat
yang jauh dari rumah anda agar penjenayah tidak tahu anda baru saja membeli
barangan baru yang mahal.
Semoga
bermanfaat!
sumber
No comments:
Post a Comment