Tuesday, September 24, 2013

Mediator, Certificate Authority (CA) dan Enterprise Service Bus (ESB)

Mediator, Certificate Authority (CA) dan Enterprise Service Bus (ESB)

Artikel ni sesuai untuk maklumat pengguna tegar ICT. 

Apa dia benda ni, kita boleh sama-sama teruskan bacaan untuk mengetahui lebih lanjut. Saya pun tak berapa pandai sangat jadi sama-sama kongsi laye.

Kenapa kita perlu wujudkan benda ini. Biasanya disebabkan perkembangan semasa sistem pembayaran melalui internet sudah tersebar luas dan masyarakat sudah mulai mengenali kemudahan ini dan kebanyakanya sudah tahu macamana cara nak bayar melalui internet.

Organisasi yang membuka pengkalan data utama kepada pihak luar yang dibenarkan untuk membolehkan lebih banyak khidmat “value-added” dibekalkan seperti aplikasi mobile, bayaran melalui internet integrasi dengan pihak penyedia perkhidmatan lain seperti MAMPU, DAPAT, syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, pejabat Pos, sektor bank dan sebagainya.

Hampir kesemua aplikasi yang dinyatakan ini memerlukan maklumat pembayaran secara “real-time” dan sistem hubungan dua-hala dengan pengkalan data utama. Bagaimanapun, akses secara terbuka pengkalan data ataupun dibuka oleh pihak ketiga sama sekali tidak dibenarkan atas alas an keselamatan database.

Sebagai penyelesaiannya, konsep mediator adalah dicadangkan. Mediator mengandungi beberapa komponen utama, diantaranya Certifcate Authority dan Enterprise Service Bus. Melalui ini, akses ke database hanya boleh berlaku selepas identiti pengguna disahkan oleh Certificate Authority, dan hanya komponen yang dibenarkan melalui Enterprise Service Bus.
  
Apakah peranan Komponen Mediator

Certificate Authority

Certificate Authority (CA) adalah komponen yang bertanggungjawab untuk :

a. Memastikan maklumat seperti nombor siri, nama pengguna, tarikh tamat certificate, dan maklumat-maklumat lain yang dibekalkan oleh pemohon adalah tepat sebelum mengeluarkan certificate.

b. Mengeluarkan dan mengawal selia akses data public key untuk encryption.

Sebagai contoh, jika Organisasi ingin membuat transaksi dengan pihak ketiga  maka pihak organisasi akan meminta pihak ketiga untuk membekalkan maklumat seperti nama pegawai yang bertanggungjawab, tempoh akses yang diminta, lokasi akses akan dibuat, dan sebagainya. Jika Organisasi berpuas hati dengan maklumat yang dibekalkan, maka certificate akan dijana dan dibekalkan kepada pihak ketiga. Pihak ketiga hanya boleh mengakses sistem organisasi menggunakan certificate yang dibekalkan sehingga tarikh yang ditentukan, ataupun sehingga pihak organisasi membatalkan certificate yang telah dibekalkan kepada pihak ketiga.

Certificate Authority (CA) adalah komponen penting yang dapat membantu untuk memastikan hanya pihak yang dibenarkan sahaja boleh mengakses sistem organisasi  dan meletakkan kawalan sepenuhnya di tangan organisasi. Gambaran CA kita boleh merujuk kepada gambarajah dibawah.





Enterprise Service Bus (ESB)
  
Apa dia ?. Enterprise Service Bus (ESB) sebenarnya adalah model untuk memboleh interaksi dan komunikasi antara sistem menggunakan service-oriented architecture (SOA).

Tugas utama ESB adalah untuk:

a. Mengawal penggunaan servis (contoh – user daripada MOBILE hanya boleh membaca maklumat pembayaran dari database, tetapi user portal boleh membaca maklumat pembayaran dan mengemaskini maklumat pembayaran).

b. Membuat transformasi data (contoh – menukar format dari database kepada format yang sesuai untuk pengguna aplikasi mobile).

c. Logging (contoh – segala transaksi melibatkan perubahan data pembayar di-log sekurang-kurangnya 3 bulan).

d. Menghadkan akses kepada data yang perlu sehaja (contoh – jika user yang  hanya memerlukan statistik pembayaran sahaja, maka data setiap transaksi bayaran bagi tempoh yang diminta boleh dibekalkan, tanpa mendedahkan maklumat pembayar).

Ini adalah hanya sebahagian kecil kemampuan ESB. Dengan ESB, Organisasi boleh berinteraksi dengan lebih banyak agensi samada kerajaan ataupun swasta tanpa perlu bimbang tentang kebocoran data yang tidak dijangka.

Anda boleh merujuk juga melalui sumber sumber wikipedia.


  
PORTAL WEB Code Adaptation

Sebagai tambahan dengan penggunaan Certificate Authority dan Enterprise Service Bus, kod aplikasi portal sedia ada perlu ditambah baik dan ditingkatkan tahap keselamatan dengan menggunakan kod-kod khusus berdasarkan CA dan ESB.

Apabila proses ini selesai, aplikasi portal tidak lagi mengakses database secara terus, sebaliknya membuat semua transaksi menggunakan ESB seperti sistem-sistem lain. Ini dapat meningkatkan tahap keselamatan database kerana akses terus dari portal boleh ditamatkan.

Setakat ini anggaran kos implimentasi boleh bermula antara RM50k kepada jutaan ringgit bergantung kepada keperluan dan saiz database di organisasi anda..



Sekian.sekadar informasi moga menafaat..

No comments:

Post a Comment