Monday, December 3, 2012

10 Maklumat Dilarang Kongsi di Internet

(Penting) 10 Maklumat Dilarang Kongsi di Internet

Amatlah penting bagi pengguna laman sosial supaya tidak berkongsi maklumat peribadi mereka. Kelalaian mampu menyebabkan anda terdedah dengan risiko jenayah.

maklumat dilarang kongsi di internet
Berikut adalah 10 maklumat yang dilarang kongsi di facebook & twitter:

1. Tarikh lahir

Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama jika kad bank anda hilang atau menjadi sasaran seseorang. Tak mustahil mereka akan menggunakan tarikh lahir anda untuk melakukan transaksi

2. Nama ibu

Korang perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Ini menyebabkan risiko akaun laman sosial anda dihack amat tinggi.

3. Alamat rumah

Tidak perlu rasanya sebarkan alamat kediaman kepada umum sebabnya penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda menyatakan status bahawa anda tiada di rumah.

4. Perjalanan jauh dari rumah

Status yang memberitahu anda tiada di rumah dalam sesuatu tempoh yang lama tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah sebaliknya menarik perhatian ‘si penjenayah’ licik yang tidak anda sangka.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat

Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai

Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah ye!

7. Pengakuan atau kekecewaan

Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan. Malah jangan cuba menjadi desperate apabila putus cinta kelak mengundang perogol bersiri mencari korang.

8. Nombor telefon

Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.

9. Mengira detik percutian anda

Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan tentang percutian selepas pulang dari bercuti daripada berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti. Mana tahu ada yang merancang untuk melakukan jenayah semasa ketiadaan anda.

10. Gambar di dalam rumah

Korang mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Apabila anda menangkap gambar dan menayangkan dalam facebook berkemungkinan semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah sangatlah tinggi.

*** Buang kotak barangan baru jauh dari rumah.

Apabila anda membeli barang baru seperti TV, laptop, komputer, pastikan anda tidak membuang kotak tersebut di tong sampah depan rumah. Kalau boleh buang di tempat yang jauh dari rumah anda agar penjenayah tidak tahu anda baru saja membeli barangan baru yang mahal.
Semoga bermanfaat!

sumber
 

10 Kesilapan Ketika Membeli Telefon Pintar (Smartphone)

Membeli telefon nampak mudah tetapi kalau salah beli, buruk padahnya, apa kata kita cuba dapatkan sedikit tips membeli telefon pintar yang kurang diendahkan pengguna. Dipetik daripada sumber internet.


1. Keperluan atau kehendak
Beringatlah! Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak. Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak? Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu beringat-ingat. Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas. Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah mengubah daripada keperluan kepada kehendak.



2. Terlampau taksub pada resolusi kamera telefon
Apabila anda ke kaunter, soalan yang ditanya, berapa megapiksel kamera telefon ini? 5.0 megapiksel? 8.0 megapiksel? Atau 12.0 megapiksel? Adakah ia soalan itu penting? Jawapannya, ya, penting tetapi ia bukan segala-galanya kalau membeli telefon. Anda akan membawa telefon ke hulur ke hilir dan fungsi kamera biasanya digunakan secara mengejut, contohnya merakam kemalangan depan mata atau selebriti yang secara tiba-tiba melintas di depan anda. Pada masa ini, resolusi bukan segala-galanya tetapi kepantasan dan kekuatan 'shutter' yang paling utama. Bagaimana untuk memilih shutter? Jawapan itu sukar dijawab, hanya satu tips saja iaitu cuba dulu telefon di kedai dengan merakam gambar orang lalu lalang di depan. Lihat saja model mana yang kurang 'blur'nya. Enjin pemproses itu memainkan peranan lebih penting dan bukannya resolusi. Ketika ini, saya lebih menggemari model iPhone 4 ke atas yang mempunyai kekuatan kamera yang benar-benar baik tetapi tidaklah terlalu hebat.



3. Terikut-ikut orang atau trend
Bak kata-kata dalam salah satu filem P Ramlee (tidak ingat pula saya tajuknya), 'Orang mahu radio, dia mahu radio...orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru...' kita terlalu ikut rentak orang di sekeliling sehingga lupa, selera kita tak sama dengan selera orang lain. Orang lain mungkin sesuai dengan Samsung dan kita pun turut beli produk Samsung walaupun sebenarnya kita lebih sesuai memakai Blackberry atau iPhone saja. Terikut-ikut kawan berbeza dengan meminta nasihat dari mereka. Anda boleh bertanya tentang telefon pintar dari rakan anda tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan keperluan anda. Misalnya, kawan anda beli jenama tersebut disebabkan mereka sudah biasa memakai produk syarikat tersebut. Anda pula terus membeli tanpa mengkaji terlebih dahulu. Akibtanya, wang beribu ringgit hangus dan anda bosan dengan telefon anda tidak sampai tiga bulan memakainya. Kadang-kadang, lebih baik kita membeli model lama yang dikeluarkan enam bulan atau setahun lamanya yang lebih murah tetapi elok dipakai. Apatah lagi, harganya sudah jatuh sekitar RM300-RM500.



4. Pilih pasca bayar yang mahal
Apabila membeli telefon pintar, anda pastinya perlukan sambungan data untuk berhubung dengan internet. Pastilah rugi telefon pintar tanpa data kan? Namun, silapnya kita ialah mendapatkan pelan pasca bayar yang mahal. Di pasaran, kebiasaannya ditawarkan pakej 1MB, 2MB, 5MB dan sebagainya. Ada yang beranggapan kita perlu mendapatkan pelan paling mahal kerana KERAP guna walaupun hakikatnya penggunaannya hanyalah separuh. Jadi semak dulu keperluan. Kalau setakat bersosial di Whatsapp, Facebook dan Twitter, pelan 1MB sudah cukup. Tetapi tidak salah menggunakan prabayar yang kini ada semurah RM18 sebulan berbanding penggunaan RM88 dan sebagainya. Ia sudah cukup untuk membolehkan anda merewang di internet. Manfaatkan keperluan tersebut.



5. Beli skrin sentuh walaupun tak biasa
Kadang-kadang, kita tidak rasa 'cool' berdampingan dengan rakan-rakan yang semuanya menggunakan telefon pintar jenis skrin sentuh berharga mahal. Kita pun ingin turut mencubanya sehingga lupa yang kita lebih biasa menggunakan papan kekunci fizikal. Terdapat dua pengguna telefon pintar di negara ini, satu yang gemarkan skrin sentuh dan satu lagi yang lebih biasa dengan butang kekunci. Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana? Kalau mahukan skrin sentuh, banyak jenama di pasaran, kalau mahukan butang kekunci, Blackberry pilihan terbaik sekarang. Kalau sudah nekad menggunakan skrin sentuh, pastikan anda membiasakan diri mempelajarinya.



6. Kurang membaca untuk sedikit penyelidikan
Sesuatu yang jarang pengguna lakukan sebelum membeli telefon pintar adalah membaca. Membaca untuk mendapatkan gajet terbaik mereka. Lihat beberapa majalah atau laman web untuk pastikan anda benar-benar memilih yang terbaik. Lakukan perbandingan dengan menyediakan kertas khas serta pastikan semuanya disemak termasuk harga, sistem operasi, prosesor dan tahap nipis.


7. Membeli secara bayaran ansuran
Kesilapan yang sering kita lakukan adalah 'biar papa asal bergaya'. Sehinggakan beli telefon pun mahu berhutang. Lebih baik anda dapat membayar sejumlah tunai untuk mendapatkan telefon pintar dan jangan terikut dengan kempen 0% tanpa faedah. Nampak mudah tetapi pada akhirnya kalau anda terlepas membuat bayaran, padah jadinya. Lagipun, tempoh pinjaman biasanya setahun hingga dua tahun, bayangkan hanya selepas tiga bulan, sudah ada model baru di pasaran dengan teknologi baru pula itu. Takkan anda mahu berhutang lagikan?Jadi bayarlah secara tunai. Kalau anda tidak mampu, belilah model yang sederhana. Terdapat banyak telefon pintar yang mempunyai harga kurang RM1,000. Lebih baik anda kumpul dahulu dan elakkan membeli produk bernilai lebih RM1,500 kalau tidak mampu.

8. Tak pentingkan aksesori
Selepas membeli telefon pintar, lebihkan belanja untuk menjaganya termasuk pelindung skrin dan sebagainya. Ramai yang berbelanja besar membeli telefon pintar tetapi melupakan soal aksesori yang sepatutnya menambah jangka hayat telefon. Saya ambil pelindung skrin sebagai contoh, ia penting untuk memelihara skrin. Kalau jatuh (kebarangkalian yang tinggi) ia akan menyebabkan skrinnya pecah. Itu belum lagi bercakap soal calar dan sebagainya. Lain-lain aksesori yang perlu diberi perhatian ialah kit bebas tangan (biasanya disertakan tetapi kadang kala tidak juga) dan pengecas mudah alih. Biasalah, bateri telefon pintar ini sangat cepat menurun ketika penggunaan aktif jadi pengecas mudah alih sangat membantu. Bajet diperlukan untuk tambahan aksesori, mungkin dalam lingkungan RM200.


9. Pilih storan yang tidak mencukupi
Akibat kekurangan bajet, kita membeli telefon dengan kapasiti setoran minimum yang menyebabkan kekurangan ruang untuk menambah aplikasi-aplikasi menarik. Pada waktu sekarang, ada 16GB simpanan secara minimum untuk kebanyakan telefon pintar. Ada juga yang bagi tambahan slot kad microSD tetapi lebih baik juga kalau gunakan khidmat storan cloud kalau boleh. Kalau anda pengguna yang tegar, beli kapasiti lebih iaitu sekitar 32GB.



10. Beli saiz besar
Ada yang sukakan saiz melebihi 4.0 inci, ada juga yang melebihi 5.5 inci, tetapi beli disebabkan suka saja mengakibatkan anda menyesal,. Mengapa? telefon sukar digenggam, tidak ergonomik, tidak muat dalam poket. Jadi pilih dengan berhati-hati, kalau saiz tangan anda kecil, beli telefon pintar berskrin 3.7 inci hingga 4.3 inci. Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon hanya menggunakan satu tangan yang lebih baik. Saiz besar juga mengakibatkan poket terlalu penuh dan sukar ketika bergerak (untuk lelaki). Seperti yang disarankan dari awal, cuba dulu telefon tersebut sebelum membelinya.

credited to : Amran Hazali

Wednesday, November 14, 2012

MINI KARNIVAL MAAL HIJRAH PPZ 2012




Seawal pagi setelah azan subuh bergema di Masjid Az-Zubir Al-Awwam  team PPZ sudah mula bersedia untuk satu lagi misi dakwah yang amat bermakna dan di nantikan oleh penduduk Cheras. 



Dimulai dengan solat subuh berjemaah dan diikuti kuliah subuh oleh Ustaz Fauzi Mustafa membicarakan Erti sebuah masa yang menyentuh tentang penghijrahan rasulullah SAW tentang Transformasi Hijrah dan perjalanan hidup kita sebagai hamba Allah.  



Program dakwah diteruskan lagi dengan bicara semanis kurma oleh oleh Ustazah Dato' Siti Norbahyah dan suami tercintanya Ustaz Wan Akashah. Huraian tentang HIJRAH dan dan makna pengorbanan dan penghijrahan untuk membentuk keluarga bahagia. Memang tak kering gusi dengan gelak ketawa dan gurau senda pasangan berdua dan macambiasa tak kering gusi dengan pantun2 yang hebat.


Peserta berpusu2 datang untuk mendaftar dan melawat booth yang disediakan oleh PPZ,Suriafm, Kaunter buku Karangkraf, Kaunter MAIWP untuk memberi taklimat tentang skim bantuan yang ditawarkan.


Juga meriah dengan gerai pameran yang banyak memberi informasi dan memperkenalkan produk keluaran yang begitu hebat sekali. 




Penonton semakin ramai hadir untuk mendengar sendiri yang memang tidak akan melepaskan peluang untuk turut serta bagi menghayati nasihat2 yang berguna dengan  alunan nasyid yang cukup mempersonakan. 






Nasyid yang didendangkan dan  dialunkan oleh penyanyi hebat kumpulan Raihan dan Al-Maulid memukau penonton yang hadir.



Dakwah diteruskan lagi dengan menampilkan pula Bicara Hijrah dengan kupasan yang amat menarik daripada Sham Kamikaze bekas gitaris , Leia Az Zahra Justin (Safia) dan moderator Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang. Mereka semua tidak jemu untuk memberi dakwah dan ilmu yang berguna untuk membentuk sahsiah diri dan Sham menceritahan tentang hijrah beliau kearah yang lebih baik dan kisah pengalaman hidup beliau dimasa lepas. 



Kita tidak sunyi apabila kehadiran Halim Othman sebagai pengacara majlis dan team Suria FM yang cukup kreatif menarik hati peminat dan pengunjung untuk bersama2 memriahkan karniwal ini. 


Jom join sekali dan jangan lupa jadilah pendakwah seperti kami dengan satu klik sahaja LIKE facebook kami www.facebook.com/myzakat ...


Tahniah Team PPZ-MAIWP..




KONSERT ZIKIR TERAPI DIRI HAFIZ HAMIDUN



Terpesona itu sajalah yang saya dapat gambarkan. Apabila menyertai dan dapat melihat sendiri konsert yang julungkalinya diadakan oleh penyayi muda yang berumur 28 tahun ini.  Memperkenalkan konsep baru dalam berdakwah dengan mendedangkan alunan zikir yang begitu lunak dan asyik sekali memang padanlah kalau albumnya telah dapat dijual hamper 8000 unit.




Kelihatan begitu ramai peserta menunggu diluar untuk melihat sendiri konsert yang julung kali diadakan.




Saya jangkakan kemunkinan besar hampir seribu penonton memenuhi Dewan Perdana Felda, Datang untuk memeriahkan lagi konsert ini. Ianya juga akan dirakam untuk diisiarkan di salah satu station TV tempatan dan kemungkinan juga disiarkan diluar negara. 


Entah kenapa tergerak pula hati nak pergi melihat sendiri penampilan anak muda ini yang hampir setiap detik namanya disebut dalam twitter dan juga facebook dan segala alunan zikirnya dapat di ikuti oleh semua golongan peminatnya.



Zikir Allah sahaja kalau dikira bilangan sebutan yang dibuat lebih kurang 1555 kali diulang oleh Hafiz, bayangkan kalau zikir yang sama diikuti oleh pendengar yang mengikuti rentak zikir tersebut. Tak dapat saya bayangkan entah beribu atau berjuta kali nama Allah disebut. Betapa besarnya peranan muzik yang telah dapat menjadi satu fenomina yang amat menarik dan mempunyai pengaruh yang besar dikalangan anak muda dan juga golongan berumur. 



Berbagai lagu telah dimuatkan dalam mengisi konsert yang diadakan diantaranya ialah Astarfirullah, alhamdulillah, subhanallah wabihamdihi subhanallah al azim, Allah  dan banyak lagi.


Itulah kalau kita dekat dengan Allah,  Allah akan dekatkan lagi dirinya dengan kita. Allah akan mengkayakan lagi jiwa kita dengan pengisian roh jasmani dan rohani yang memang mempersonakan dan begitu indah.


Saya melihat perbezaan yang amat ketara antara menonton konsert zikir terapi berbanding dengan konsert penyanyi rock. Konsert ini lebih tenang dengan kehadiran penonton yang semuanya menutup aurat, berpakaian amat sopan sekali, bersilaturrahim, berpelukan dengan akrab sekali, bersalaman, bersopan santun,masuk dewan secara amat tertip, ibu ayah dan anak  dapat bersama dengan suasana damai dan penuh ketenangan memang menyerlahkan lagi roh ke Islaman.

Tahniah Hafiz.





 



  

  




Tuesday, November 13, 2012

XPDC RABBANI PACUAN EMPAT RODA 4X4 2012 – AIR TERJUN PELANGI SUNGAI LEMBING PAHANG





    
Alhamdulillah saya berpeluang untuk turut serta dalam xpdc tersebut . Pengalaman yang cukup menyeronokkan pertama kali dapat merasa keseronokan menaiki kenderaan pacuan empat roda 4x4. Perjalanan dimulakan dengan membuat persiapan diri dan membawa beberapa peralatan penting untuk menaiki kenderaan , berkemah dan meredah sungai. Banyak perkara baru dipelajari dan banyak istilah baru yang digunakan oleh pemandu 4x4 tegar  antaranya ialah rolling (bergerak) , rogger,pilot (Pemandu) dan berbagai lagi saya pun tak berapapa ingat.


Sembilan buah Kenderaan 4x4 Pajero, Toyota Hilux, Toyota Land Cruiser dan Pajero   dilengkapi dengan alatan yang serba canggih termasuk perhubungan radio dan walkie talkie digunakan untuk berhubung antara mereka.  Kenderaan mengunakan tayar besar yang  di naikkan ketinggian supaya sesuai digunakan dalam keadaan lasak. Satu rombongan 4x4 perlu membawa kelengkapan khemah,dapur dan mekanik kereta untuk mengelakkan kenderaan breakdown. 


Kenderaan bertolak dari PPZ seawall 9:30pagi dan dalam  perjalanan dipenuhi dengan pengenalan peserta dan pilet, siri teka-teki serta lawak jenaka yang takputus2 dari semua rombangan yang berkomunikasi antara satu sama lain menggunakan walkie talkie.





Seawal dua petang kami sampai ke pekan Sungai Lembing dan berhenti makan disana. Bertolak masuk kekawasan perkemahan malalui danau dan jalan becak . Kami meredah hujan dan hutan berkebetulan pula hujan baru lepas turun keadaan permukaan jalan agak becak.



Laluan sempit, berlumpur, berbukit bukau dan mengharungi kawasan hutan yang belum pasti keselamatannya. Inilah yang dicari oleh penggemar sukan lasak kenderaan pacuan empat roda (4x4). Bayangkan kesukaran memandu di segenap laluan ekstrem ini betul-betul membuatkan jantung berdebar-debar merasai kesukaran yang dilalui.



Perjalanan mengambil masa 3 jam disebabkan ada kenderaan peserta mengalami kerosakan dan dibaiki oleh mekanik yang juga mengikut kumpulan kami..

Alhamdulillah selamat sampai di khemah berhampiran dengan Sungai Lembing. Keadaan agak sunyi dengan bunyi alunan air dan binatan hutang. Kelihatan kiri kanan hutan dan bukit bukau. Air yang jernih dan sejuk dingin menyebabkna kami tak sabar untuk mandi.





Sepanjang hari tiada aktiviti khusus selain mandi dan makan malam kami bermain game dam ular yang besar saya tak pernah main sebelum ini. Kaki pancing memulakan operasi mereka sendiri. Malam itu pengalaman  pertama kali hujan turun degan lebat dan kemah kami dimasuki air. Agak teruja cabaran dengan serangan unggas secara besar2an. Habis gatal satu badan dan malam tupula terasa panas. Apalagi berjaga tengah hujan la. Masatulah teringat aircond dan kipas angin kat rumah.

Hari kedua

Seawal pagi kami bangun mandi dan solat subuh berjemaah. Lepas solat subuh semua bersiap dengan memakai baju oren untuk satu lagi expedisi jakan kaki. Kalini ke air terjun pelangi. Hampir sejam kami berjalan dengan melintas sungai dan kami meredah trak laluan pejalan kaki kepuncak. Kebetulan malam tadi hujan lebat air sungan agak keruh dan deras kami melintas secara bergilir2 menggunkan tali yang dibentang di sungai.


Terdapat juga group luar yang datang menaiki pacuan empat roda yang disewa menggunakan khidmat untuk mengahtar pelancung dari pekan Sugai Lembing. Saya bertanya pada pelancong yang datang mereka perlu membayar RM40 seorang dari pekan Sungai Lembing. Paling ramai satu trip ialah 12 orang. Kalau tuan puan nakdatang sendiri bayar saja dekat agen tersebut di sungai lembing.


Selusuri sugai yang jernih dari pada sumber air terjun saya tak dapat bayangkan lagi berapa tinggi . Hanya sekadar mampu bertanya kepada krew rombongan kami mereka hanya berkata tak jauh lagi tu satu dua selekoh lagi. Saya dah agak ini mungkin ‘saiko’ taknak bagi kami putus asa. Berjalan kepuncak terasakan inilah perjalan an yang paling jauh setakat ini saya berjalan secara mendaki. Hampir 40 minit berjalan ternampak saya air terjun yang saygat tinggi.

Apa lagi kami teruskan perjalanan bagi mencapai ke destinasi dimana kami akan pergi betul2 dibawah air terjun tersebut. Setelah sampai dengan kekuatan terjahan air dari tempat tinggi menyebakan percikan air tersangat banyak sehingga kami tidak dapat melihat dengan jelas tempat terjunan tersebut. Kekuatan air jatuh juga nengebabkan angin terhasil dan pokok kawasan sekeliling tak hneti2 bergoyang. Subhanallah itu saja yang dapat saya ucapkan dan memang terlalui cantik hingga saya tak dapat nak huraikan dengan kata2 Cuma kalau anda semua berpeluang datanglah kesini.

Kami sempat mandi sepuas puasnya dan berposing mengambil gambar lebih kurang sejam juga kami berada disana sambil menikmati makanan yang di bekalkan. pengalaman yang sungguh menarik bagi saya. Itulah pertama kali saya melihat antara keajaiban ciptaan Allah. Kebetulan malam hujan lenbat menyebabkan air dari atas mengalir dengan kuat dan kuantiti yang banyak dan kami dapat melihat pelangi yang timbul semasa air terjun sedang deras mengalir turun. Wow memmang cantik.


Kami turun menuruti trak yang kami ikuti tadi dan perjalanan kali ini agak mudah kerana jalan yang dilalui sudak kami kenali tetapi agak keletihan sedikit. Turun dengan perasaan yang puas selepas melihat sendiri air terjun pelangi.

Aktiviti petang kami diajar cara menggunaan kenderaan pacuan empat roda dan diperkenalkan peralatan kenderaan yang digunapakai oleh otai kat situ salah seorang crew yang digelar Wan 10 (wan ten).

Kami juga mencuba memandu kenderaan 4x4  dengan menuruni bukit curam dan menaiki semula. Satu pengalaman yang saya pelajari  kenderaan ini dicipta bukan untuk kelajuan tetapi untuk tahan  lasak. Jadi untuk menuruni bukit hanya masukkan gian satu dan lepas kan klas,brek dan padel minyak kenderaan ini akan mengawal sendiri tahab kelajuan yang sesuai. Menaiki bukit pula hanya menggunakan gear satu dan tekan padel minyak perlahan tidak perlu laju kerana kendersaan ini meman kuat untuk menaiki bukit dengan mudah.



Itulah sedikit sebanyak saya dapat kongsi dengan kawan2 program berakhir keesokan hari dan kami bergambar beramai2 setelah semua peralatan di simpan semua. 



Sempat juga melawat muzium arang batu kesan penjajahan Britsih dulu sekitar tahun 1934 dan macamana kebijakan orang kita menilai erti penjajahan dan kenangan memori sejarah yang ditinggalkan.  

Menyusuri semula dengan dengan agak mudah sedikit untuk perjalanan pulang dan kami sampai di perkarangan pejabat Pusat Pungutan Zakat lebih kurang pukul 8 malam.

Apa yang penting adalah kerjasama dan kerja dalam kumpulan. Itu sajjjja. 



http://normanyahya.blogspot.com/